Berikut ialah berita yang Sara petik daripada sebuah akhbar tempatan cadangan menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri Yaakob untuk memantau harga barang-barang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mula menggerakkan unit khas bagi mengesan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan pemberian pelbagai imbuhan kepada rakyat dalam Bajet 2012.
Menterinya, Ismail Sabri Yaakob berkata, unit tersebut yang terdiri daripada pengawai penguat kuasa, majlis pengguna dan pemantau harga mula digerakkan di seluruh negara sejak kelmarin.
“Langkah ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kepentingan rakyat supaya mereka tidak menjadi mangsa kerakusan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Koperasi Orang Asli Peringkat Negeri Pahang di Rancangan Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli di Pos Iskandar di sini hari ini.
Ketika pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, Najib mengumumkan pelbagai imbuhan termasuk tambahan setengah bulan bonus kepada kakitangan awam serta bayaran RM500 untuk pesara.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, pihak kementerian telah menghantar notis tunjuk sebab kepada beberapa peniaga di negeri ini kerana menjual ayam sehingga mencecah RM10 sekilogram.
Menurutnya, notis itu diberikan apabila pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna yang mengeluh dengan peningkatan harga ayam di pasaran.
Katanya, hasil siasatan di peringkat ladang, para penternak memberikan alasan harga makanan ayam yang diimport telah naik sejak seminggu lalu.
“Atas faktor tersebut, pemborong dan peniaga menaikkan harga ayam kerana berlaku peningkatan harga di peringkat ladang.
Share on Facebook“Jika kita sendiri mendapati memang berlaku peningkatan harga makanan ayam yang diimport, kementerian tidak boleh mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan mengikut Akta Pencatutan,” kata beliau.
Dato’ Menteri, tak payahlah nak sedapkan hati orang ramai. Kerja-kerja pantau harga ini tak akan menjadi. Peniaga ada seribu daya dan helah untuk naikkan harga barang! Akhirnya kementerian akan akur pada peniaga juga. Kami bukan mahu pantau….kami mahu harga barang murah!!!!












