Orang ramai mula merungut bahawa sara hidup mereka akan mula tenat dan terjejas teruk selepas ini. Sara pada mulanya agak terpinga-pinga juga. Rupa-rupanya rungutan itu kerana tepat jam 12 malam ini harga bahan bakar dan gula akan dinaikkan. Kebetulan pula Sara memang hendak isi minyak kereta.
Sebaik tiba di stesyen minyak, Sara terkejut kerana terpaksa beratur panjang. Sara pergi ke stesyen lain dengan harapan tak payah beratur, tapi sama juga. Pemandu-pemandu teksi juga tidak melepaskan peluang menunggu giliran di tempat pengisian gas NPG.
Rungutan dan nada-nada marah mereka jelas kedengaran. Bahasa-bahasa kesat dan lucah mereka kepada pihak kerajaan memang tidak sanggup Sara dengar. Apatah lagi untuk dipaparkan di blog yang boleh dibaca oleh semua manusia yang tahu bahasa Melayu di seluruh dunia. Kalau Sara tulis English, Obama pun boleh baca.
Selepas hampir setengah jam beratur, Sara dapatlah isi minyak. Kemudian Sara bergegas pula ke supermarket untuk beli sedikit barang dapur.
Tiba di supermarket, Sara lagi terkejut. Bayangkan supermarket yang sebesar stadium bolasepak penuh dengan manusia. Setiap trolley yang mereka tolak penuh dengan minyak masak, gula, tepung, susu dan beras. Pembelian mereka seolah-olah negara kita akan dilanda bencana besar.
Ketika beratur di kaunter pembayaran jelas rungutan mereka negara kita akan dilanda bencana. Dengan naiknya harga bahan bakar dan gula, semua barangan lain secara otomatik akan melambung naik. Tambah pula umat Islam dalam sebulan lagi akan mula berpuasa dan selepas itu menyambut hari raya, peniaga-peniaga akan ambil kesempatan menaikkan harga barang.
Sekali lagi rungutan suara, hina, keji dan kutuk pemimpin kita jelas kedengaran. Apa yang Sara sanggup paparkan di sini hanyalah kata-kata mereka yang orang politik hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Masuk politik semua nak jadi jutawan. Lepas bersara akan buat rumah berjuta-juta RM macam rumah Khir Toyo.
Sara hanya senyum. Selepas membuat pembayaran, Sara bergegas keluar. Cuma harapan Sara agar masyarakat golongan pertengahan dan bawah tidak akan terjejas teruk dengan kenaikkan bahan bakar dan gula secara mendadak itu.
Kita tunggu dan lihat dalam masa sebulan dua ini sebelum umat Islam menyambut hari raya aidil-fitri nanti. Nampaknya Sara juga akan terpaksa cari alternatif dalam menjana sara hidup Sara sendiri.
Share on Facebook











jangan mengeluh sebab orang lain lebih kaya sebaliknya bersyukur kita hidup boleh lagi makan dan minun compare to other country yang rakyatnya hari hari dihujani peluru sesat dan sekolah dibawah pokok. sighs
sara..for your attn rasanya goverment kita dah cukup baik even not 100% good tapi banyak kelebihan diberikan pada rakyat see “subsidi list” tak cukup lagi ke kerajaan tolong apa yang termampu atau rakyat sekarang makin manja semua nak free dan murah? nak marahkan kerajaan pasal gula dan bahan bakar naik? rasanya tak patut la sebab bukan kita yang mengawal ekonomi dunia dan saya rasa sarahidup pon tahu bahan bakar dan gula harga itu bukan kita yang pegang. kalau kerajaan ikut harga semasa gula dipasaran dunia skrg mungkin rakyat lebih “tekanan” rm2.60 utk 1kg tapi kerajaan bagi lagi subsidi supaya murah lagi..itu pun nak merungut lagi hish hish mmg tak patut.
Thanks for your lengthy comment, sdra Najib.
Rasanya sdr Najib sudah cukup beri penerangan utk renungan semua. At first, saya ingat PM tadi..
. Subsidi mmg tak sesuai dizaman disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia. Ia tidak dapat memberi gambaran tepat dlm pembelanjaan negara. Contoh: Budjet yg dibuat pada awal tahun jadi huru-hara bila berlaku kenaikan brg komoditi termasuk minyak secara mendadak. Maka, langkah kerajaan utk menghapuskan subsidi patut di sambut baik.
.
Dear Sara,
Everything goes up,nothing comes down except rain
..Good article Sara recording the pandemonium and panic when the price hike was announced. Umi rasalah its an exercise in futility.Bukan boleh beli ration for 1 year pun LOL.
Tapi the concern is real..especially buat orang2 yang bergaji kecil dan ramai yang nak ditanggung sebab semua harga barang akan naik bila gula dan minyak naik sedangkan gaji tak naik. The purchasing power of ringgit shrinks.
This is not about what the government has or has not done for us. This is simple mathematics of making ends meet. I am sure people who earns more than 10k a month will not even blink at the hike.But what about those that earns a meagre 1k or 2k and below…school going kids..rent to pay ..not mentioning school bus fare and FOOD. We have to go back to basics,produce more than enough for local consumption and have more to export. Kalau beras pun nak import, memanglah perit. Govt does good we are OK with that. Yang penting sekarang how to make ends meet and that no govt can do anything. Kita sendiri kena cari jalan menambah pendapatan. Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah dalam menangani hidup ini dan tabah.
Thank you Sara for the article.Good job girl.
Thanks for the comment Umi. Sorry lewat jawab coz Sara was away. Sara terpaksa pinda konsep blog ni for the time being bagi tujuan affiliation.
Tuan Ismail, thanks for your comment. I agreed with you and I got nothing against the government policy.